Wednesday, March 28, 2007

“99% kegagalan datang dari orang-orang yang suka memberi alasan.” ~George Washington Carver~
Ada dua perkara yang anda boleh faham tentang mutiara kata ini. Pertama, jika anda suka memberi alasan tentang apa sahaja, anda mungkin masih gagal mencapai apa yang anda inginkan sampai ke hari ini. Kedua, jika anda masih lagi gagal mencapai apa sahaja yang anda inginkan, fikir semula, adakah anda suka memberi alasan atas kegagalan anda? Jika ya, berhenti mencari alasan. Tumpukan tenaga anda kepada mencari jalan untuk mencapai kejayaan dan mencapai apa sahaja yang anda inginkan.




Buka minda untuk menerima ilmu. Ilmu mudah diterima dengan minda yang terbuka. ~Osman Affan~
Ada 3 perkara yang anda perlu jaga apabila anda sedang belajar sesuatu daripada seseorang.
Jangan anggap anda lebih pandai daripada beliau. Jika anda rasa anda lebih pandai, anda tidak akan pelajari apa-apa. Tambahan pula, jika anda lebih pandai, mengapa anda sedang belajar sesuatu daripada beliau?
Jangan jatuhkan air muka atau memalukan beliau. Ada kalanya orang yang mengajar tersilap cakap atau terlupa apa yang hendak diperkatakan. Jangan ketawakan atau memandang rendah kepada beliau. Ingat, anda sedang belajar. Apabila beliau merasa malu atau terhina, anda tidak akan diajar dengan hati yang terbuka. Anda yang akan rugi, bukan beliau.
Walaupun apa yang diterangkan oleh beliau anda sudah tahu, anda tidak perlu menunjuk-nunjuk. Maksudnya, anda tidak perlu sibuk cuba menunjukkan yang anda sudah tahu dengan berkata “ha, saya dah tau yang tu.” atau “benda ni saya dah pandai, takyah cerita pun takpe” dan sebagainya.
Selamat menuntut ilmu.





“Mulakan hari anda dengan bersyukur dan anda akan lihat semua perkara yang membuat anda bersyukur datang kepada anda sepanjang hari. ~Osman Affan~”
Pernahkah anda rasa semua benda yang anda lakukan sepanjang hari tidak menjadi? Contohnya, anda terlewat bangun. Semasa hendak mandi, anda terjatuh kerana lantai licin. Semasa hendak memakai baju, butang baju tersangkut dan baju anda koyak sedikit. Apabila anda hendak menaiki kenderaan, kenderaan anda rosak. Apabila anda sampai ke tempat anda belajar, anda dimarahi kerana lambat. Apabila anda hendak mengambil buku, buku anda tertinggal….. dan bermacam-macam lagi sepanjang hari.
Hmmm…. tentu anda boleh bayangkan apa rasanya….. ini ada satu petua yang sangat hebat untuk anda. Tentu anda pernah dengar “you are what you think about”, maksudnya anda adalah apa yang anda fikirkan. Namun ada lagi sambungan kepada ayat ini, “you attract to you what you think about”, maksudnya, anda tarik ke dalam hidup anda apa-apa sahaja yang anda fikirkan.
Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran dan perasaan marah, anda akan jumpa semua perkara yang membuat anda marah sepanjang hari. Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran dan perasaan benci, anda pasti akan jumap semua benda yang membuat anda rasa benci dan marah sepanjang hari. Jadi, bagaimana harus ada mulakan hari anda?
Disinilah asalnya mutiara kata saya ini. Hari ini, senaraikan semua perkara yang membuat anda rasa bersyukur. Anda mungkin rasa bersyukur kerana anda masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ibu bapa menyayangi anda, bersyukur kerana berjaya memasuki universiti, bersyukur kerana ada ramai kawan baik, bersyukur kerana dikurniakan kebijaksanaan dalam berfikir dan bersyukur kerana apa sahaja dalam hidup anda. Rasa bersyukur ini menimbulkan satu rasa tenang dalam hati anda. Bukan sahaja rasa tenang, malah anda rasa gembira dan bersemangat.
Apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, baca senarai ini dan rasakan kegembiraan disebabkan rasa bersyukur ini. Senyum dan rasa gembira. Insyaallah, anda akan rasa hasil yang sangat menakjubkan sepanjang hari. Selamat mencuba. Selamat bersyukur!





Sun 25 Feb 2007
Mutiara KataPosted by Osman Affan under Mutiara Kata , MotivasiNo Comments
Sahabat yang baik umpama memori yang indah. Memori yang indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan dan memberikan semangat. ~Osman Affan~
Anda boleh berjaya dengan cemerlang jika anda bekerja sendirian. Namun anda akan berjaya dengan lebih cemerlang dengan lebih mudah jika anda mendapat pertolongan sahabat-sahabat anda. Seingat-ingat saya, saya ada ramai sahabat baik yang telah membantu saya untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan juga universiti.
Hargai sahabat baik anda kerana mereka akan memainkan peranan yang penting dalam hidup anda. Jadilah seorang sahabat yang baik agar anda juga dapat menyumbang ke arah kejayaan sahabat-sahabat anda.





Sat 24 Feb 2007
Mutiara kataPosted by Osman Affan under Mutiara Kata , Motivasi[2] Comments
Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda. ~Osman Affan~
Peluang tidak selalu datang dalam hidup anda. Lebih buruk lagi jika anda melepaskan peluang yang anda ada. Selalunya anda akan kesal kerana melepaskan sesuatu peluang selepas ia telah berlalu. Sama seperti penjelasan saya di bulan Ramadhan dulu, semasa waktu siang di bulan ramadhan, makanan yang tidak menyelerakan pun nampak sedap dan membuat anda terliur. Ia jadi begitu kerana anda tidak boleh memakannya. Waktu itu anda mungkin menyesal kerana tidak makan makanan tersebut pada waktu lain (selain siang di bulan Ramadhan).
Begitu juga dengan pelajaran. Ia merupakan satu peluang yang berdiri di depan anda. Jika anda lepaskan peluang itu dengan tidak belajar bersungguh-sungguh, peluang itu pasti meninggalkan anda. Sedar-sedar nanti, apabila anda sudah bekerja dan menghadapi kesukaran untuk maju, anda terasa menyesal kerana membiarkan peluang belajar tadi meninggalkan anda…….




Sun 4 Feb 2007
Mutiara kataPosted by Osman Affan under Mutiara Kata , MotivasiNo Comments
“When the going gets tough, the tough gets going”
Agak sukar untuk saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Maksudnya lebih kurang, jika perjalanan hidup anda menjadi semakin sukar, anda sebenarnya sedang bergerak meninggalkan perkara yang sukar itu.
Contohnya, katakan anda sedang mengayuh basikal. Di hadapan anda ada satu kawasan berbukit. Apabila anda mengayuh menaiki bukit tersebut, kayuhan anda menjadi semakin sukar bukan? Namun anda tidak perlu risau kerana anda apabila anda teruskan kayuhan, anda akan melepasi kawasan berbukit itu dan kayuhan anda akan menjadi semakin lancar selepas itu.
Sama seperti hidup anda. Anda tidak perlu terlalu risau jika anda hadapi kesukaran dalam hidup atau semasa belajar sekarang ini. Ia semua akan berlalu dan anda akan jadi lebih senang dengan syarat… anda perlu teruskan perjalalanan anda……





Sat 27 Jan 2007
Beberapa perkara yang perlu difikirkan……Posted by Osman Affan under Mutiara Kata , MotivasiNo Comments
Anda adalah orang yang sangat malang jika……
1. Anda terjatuh kerana terlanggar tunggul lalu anda memaki hamun tunggul tersebut kerana berada di tengah jalan anda…..
2. Anda terlewat bangun pagi dan terlepas bas ke sekolah lalu anda salahkan pihak televisyen kerana menayangkan perlawanan bola sepak pada lewat malam…..
3. Anda dirotan kerana merokok di sekolah lalu anda menyalahkan pekedai runcit di tempat anda kerana menjual rokok tersebut kepada anda….
Anda gagal dalam peperiksaan Matematik lalu anda mengamuk pada kawan anda kerana tidak membenarkan anda meniru beliau…
Anda menconteng dinding-dinding atau tempat awam kerana anda rasa tidak ada orang mahu mendengar apa yang anda hendak katakan…..
Anda tidak mahu belajar subjek Sejarah dengan bersungguh-sungguh kerana anda rasa cikgu Sejarah anda suka pilih kasih…..
Anda kalah dalam perlawanan badminton lalu anda salahkan syarikat pembuat raket badminton anda kerana produk tidak berkualiti…..
Anda sangat malang kerana…. jika sikap dan pemikiran begini kekal dalam diri anda, anda tidak akan berjaya atau bahagia seumur hidup anda…… Fikirkan……





Mon 22 Jan 2007
Mutiara KataPosted by Osman Affan under Mutiara Kata , Motivasi , Keyakinan DiriNo Comments
Anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikirkan kejayaan, kejayaan akan jadi milik anda. Fikirkan kegagalan, kegagalan juga akan jadi milik anda. Jadi, apa yang ingin anda fikirkan? ~Osman Affan

Apa yang anda sering fikirkan akan mempengaruhi apa yang anda lakukan. Jika anda asyik fikirkan tentang kegagalan, anda akan rasa takut untuk mencuba. Akibatnya, anda tidak akan berjaya kerana untuk berjaya, anda perlu sekurang-kurangnya mencuba.




Sat 20 Jan 2007
Mutiara kataPosted by Osman Affan under Mutiara Kata , MotivasiNo Comments
Jadikan masa silam sebagai panduan untuk merancang kejayaan di masa hadapan, bukan sebagai alat untuk mendabik dada yang akhirnya membawa kegagalan yang tidak berkesudahan. ~Osman Affan
Saya sering lakukan kesilapan ini. Saya sendiri sering cuba berbangga dengan kejayaan saya di masa lepas. Namun, semakin meningkat usia saya, saya sedar bahawa, kejayaan di masa lepas bukanlah satu jaminan bahawa saya akan kekal juga berjaya di masa hadapan. Saya sedar saya masih perlu berusaha keras sebagaimana saya bekerja keras untuk kejayaan saya yang lalu. Bagaimana dengan anda……………………?




Sun 14 Jan 2007
Mutiara KataPosted by Osman Affan under Mutiara Kata , MotivasiNo Comments
Bijak adalah apabila anda merasa tidak pandai dan mula menumpukan perhatian untuk mempelajari sesuatu. ~Osman Affan~
Jika anda datang ke sesuatu majlis ilmu seperti pergi ke sekolah, menghadiri kuliah, menghadiri seminar atau menghadiri kursus, anda tidak dapat pelajari sesuatu jika anda datang dalam keadaan “gelas yang penuh”. Bayangkan sebiji gelas yang penuh dengan air. Bolehkah anda menuangkan air lagi ke dalamnya? Tidak boleh bukan.
Masalahnya yang ingin saya utarakan, banyak orang yang hadir sesuatu majlis ilmu dengan tanggapan mereka sudah tahu semuanya, sudah pandai dan mereka lebih baik daripada pensyarah atau penceramah dihadapan. JIka ini mentaliti yang anda gunakan, anda akan rugi kerana anda pasti tidak akan pelajari apa-apa.
Ini kerana, apabila anda rasa anda sudah tahu, anda mula memandang rendah dan memperlekehkan apa yang diajarkan. Jadi, anda tidak akan mendengar dengan teliti dan tidak mampu menumpukan perhatian. Akhirnya, anda tidak akan belajar apa-apa. Persoalan saya, jika anda hadiri majlis ilmu untuk belajar tetapi anda tidak mampu belajar apa-apa, adakah anda tergolong dalam golongan orang yang pandai??

Tuesday, March 27, 2007

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di'baca' itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.> >> > [Tulisan berubah-ubah]> > Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.> >> > [Kecondongan tulisan]> > Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.> >> > Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!> >> > Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!> >> > [Saiz tulisan]> > Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.> >> > Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.> >> > Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.> >> > Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!> >> > [Bentuk tulisan]> > Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati

Monday, March 26, 2007

hai semua.. jumpa lagi kita dlm blog saya yang kedua. Tak de ape nak ckp cume nak saji kan u all dengan mutiara kata.
Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor
Satu ciuman yang mesra adalah satu ciuman yang tidak membawa apa apa makna kerana disebaliknya ia akan membawa kemudaratan,tetapi satu ciman yang pantas ia nya menyingkap seribu makna yang tersirat disebalik yang tersurat......"
KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU
Kekasihku,dalam setiap degupan jantungku ada kasihku padamu dan selagi mana jantungku masih berdegup,selagi itulah aku kan terus mengashimu.
"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"
"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akanberpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"
Wanita itu sendiri adalah rahsia
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa
.

Monday, March 12, 2007

hai...
ini adalah blog saya yg pertama..
diharap semua dapat enjoy dalam blog saya..
u can post any comments...
ahlan wa sahlan...

;;