Sunday, May 18, 2008

kabur bebenar gambar ni...

BAB 1 ASAL – USUL PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH.

Umayyah adalah diambil sempena nama ketua keluarga atau satu puak yang berasal dari Umayyah ibn Abd Shams ibn Abd Manaf ibn Qusay dari keturunan Quraysh. Umayyah merupakan salah seorang pemimpin kabilah Quraysh di zaman jahiliyah.Beliau merupakan anak saudara sepupu kepada Hashim ibn Abd Manaf iaitu moyang Rasulullah saw.Apabila Islam diperkenalkan, Bani Umayyah tidak dapat menerima Islam, bahkan mereka menentang ajaran Islam dan menyeksa para pengikut Islam. Pada 8H/630M, Bani Umayyah tealh menerima Islam selepas penaklukan Makkah oleh Rasulullah saw.

Selepas pembukaan kota Makkah, Bani Umayyah memeluk Islam dan memberi banyak sumbangan kepada Islam.Pada zaman Khulafa’ al-Rashidin, Bani Umayyah masih berpengaruh dalam memberi sumbangan kepada Islam. Selepas pembunuhan Khalifah Uthman, bermulalah konflik diantara Muawiyah dan Ali. Kematian Khalifah Uthman oleh pemberontak menimbulkan reaksi yang tidak menyenangkan dari Bani Umayyah. Ini kerana Khalifah Ali tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan kehendak Bani Umayyah.

Selepas Khalifah Ali wafat,anaknya Hassan telah dilantik sebagai Khalifah pada tahun 40H/660M. Saydina Hassan tidak berminat dengan politik telah menyerahkan jawatan tersebut dengan mengemukakan beberapa syarat. Dengan itu rasmilah Muawiyah menjadi khalifah kepada seluruh umat.Kewibawaan Muawiyah dalam bidang politik dan sekaligus sebagai pemimpin amat terserlah.Dasar pemerintahan Muawiyah adalah secara warisan dengan melantik anaknya Yazid sebagai bakal penggantinya kelak. Tindakan beliau ini menunjukkan beliau berpandangan jauh kerana tidak mahu timbul pergolakan dalam perebutan jawatan khalifah.




BAB 2 PENAKLUKAN ANDALUS OLEH BANI UMAYYAH

Maghribi merupakan sebuah negeri di Afrika Utara yang berperanan dalam penyebaran Islam di Afrika Utara dan dan sebagai pintu gerbang masuknya Islam ke Andalus. Afrika Utara menjadi penghubung untuk penaklukan Andalus.

Penaklukan Afrika Utara telah pun bermula pada zaman Khalifah Uthman ibn affan lagi apabila gabenor Mesir, Abdullah ibn Sa’d ibn Abi Sarh telah menakluki Afrika Utara. Pmerintahan Islam dapat menguasai sepenuhnya Afrika Utara ialah setelah kejayaan ekspedisi penaklukan Islam yang dilakukan oleh Musa bin Nusayr yang menjadi gabenor kepada khalifah al-Walid bin Abdul Malik.Tetapi apabila kejatuhan Kerajaan Umayyah ke tangan Bani Abbasiyah, Maghribi telah menjadi daerah kekuasaan Bani Abbasiyah dan timbulnya kerajaan-kerajaan kecil disana.

Andalus atau Andalusia adalah dikenali sebagai Taryessus pada zaman purba. Tempat ini kemudian dijajah oleh Phoenicinian yang telah menemui Cadiz pada abad 9SM dan kemudian ditakluki oleh Greek pada abad ke 3SM.Pada abad kelima masihi, tempat ini didiami oleh bangsa Vandal dari German yang menyerang Andalus dan kemudian diperintah oleh Visigoth.Pada abad kelapan Masihi Andalus ditakluki oleh orang Islam sehinggalah abad kesebelas Masihi.

Ahli sejarah dan geografi Arab berpendapat al-Jazirah al-Ibiriyah adalah satu kawasan yang terdiri daripada dua Negara iaitu Asbania dan Burtughal yang dinamakan sebagai Andalus yang kini disebut sebagai Sepanyol dan Portugal. Asal perkataan Andalus mempunyai banyak pendapat. Secara kesimpulannya, perkataan ini berasal dari satu bangsa Vandal yang telah diubah suai menjadi Andalus iaitu bangsa yang menduduki Semenanjung Iberia selepas Rumawi.




BAB 3 ZAMAN PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH DI CORDOVA

Pada zaman penubuhan pemerintahan Bani Umayyah di Andalus ialah seramai empat orang iaitu:
1. Abdul Rahman I al-Dakhil (138-172H/756-788M)
2. Hisyam I (172-180H/788-796M)
3. al-Hakam I (180-206H/796-882M)
4. Abdul Rahman II (206-238H/822-852M)

Amir Bani Umayyah yang pertama di Andalus ialah Abdul Rahman Ibn Muawiyah Ibn Hisyam Ibn Abdul Malik Ibn Marwan.Semasa kejatuhan kerajaan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah yang ketika itu memerintah telah mengambil tindakan menghapuskan seluruh keturunan Bani Umayyah.Tetapi Abdul Rahman dapat melarikan diri ke Palestine bersama orang suruhannya Baldj ibn Bishr.Sejak itu mereka melarikan diri untuk terus hidup hingga ke Afrika Utara.Setibanya mereka disana,mereka disanbut dengan baik oleh orang-orang Barbar yang mempunyai hubungan darah dengan ibu Abdul Rahman.
Di sana, Abdul Rahman mula mendapatkan pertolongan Bani Umayyah yang berada di sana.Baldj orang suruhannya berperanan dalam melakukan penentangan terhadap al-Sumayl ibn al-Hatim,seorang yang berpengaruh di kalangan Qays. Selepas Baldj dan tentera Bani Umayyah berjaya mengepung markas tentera Qays, al-Sumayl bersetuju menerima Abdul Rahman sebagai amir di Andalus.

Selepas itu, Abdul Rahman berjaya menguasai al-Munakkab dan Seville,iaitu selepas tertewasnya Yusuf al-Fihri,gabenor Andalus yang pada ketika itu menghalang niatnya untuk menakluki Andalus.Kemudian Cordova,Toledo dan akhirnya seluruh Andalus dapat dikuasainya.Beliau telah dilantik sebagai amir disana oleh tenteranya. Dengan itu rasmilah golongan Bani Umayyah menguasai semula Andalus selepas penaklukan yang berlaku pada zaman Khalifah al-Walid ibn Abdul Malik dahulu.

Melalui kejayaan ini,Abdul Rahman dikenali sebagai al-Dakhil iaitu orang yang memasuki(negeri Andalus).Khalifah Abu Ja’far al-Mansur mengelar beliau Sakr Quraysh (Eagle of Quraysh). Ada juga yang mengelar Abdul Rahman I sebagai Knight of Andalusia. Selepas kewafatannya, Hisham 1,anaknya pula memerintah selama tujuh setengah tahun pada tahun 172H/788M. Kemudian diganti pula oleh anaknya,Hakam I yang memerintah selama 30 tahun. Beliau banyak melakukan penaklukan-penaklukan sehingga digelar sebagai al-Fatah(penakluk). Kemudian anaknya Abdul Rahman II mengantikannya pada tahun 206H/822M. Pada masa pemerintahannya, beliau dapat mengatasi pemberontakan kaum kristian di Cordova dan Toledo. Selepas kewafatannya, anaknya Muhammad 1 menganbil alih tampuk pemerintahan.

Banyak masalah yang berlaku pada awal pemerintahan Andalus.Pada zaman pemerintahan al-Dakhil, beliau mendapat banyak tentangan yang cuba melemahkan kerajaan Bani Umayyah terutamanya dari kerajaan Bani Abbasiyah.Ini kerana kerajaan ini kurang menyenangi terdirinya sebuah kerajaan Umayyah atau satu kuasa lain di dunia di bawah pemerintahan islam ketika itu.Abu Ja’far al-Mansur telah menyuruh gabenornya di Afrika Utara , al-Ala’ ibn Mugith al-Yahsumi ke Andalus bagi memerangi Abdul Rahman dengan tenteranya seramai 7000 orang.Tetapi dalam pertempuran ini al-Ala’ telah tewas.

Selain itu, Abdul Rahman al-Dakhil juga telah memadamkan pemberontakan yang berlaku di utara Afrika iaitu di Tunisia. Apabila Raja Charlemagne melihat kekalahan itu tenteranya berpatah balik ke negerinya dan terpaksa membatalkan niatnya untuk menakluki Andalus berikut juga dari kekacauan yang berlaku di negerinya. Masyarakat Andalus terbahagi kepada dua bahagian iaitu Islam dan bukan islam.Masyarakat islam pula terbahagi kepada kaum Arab,Barbar dan Muwalladun.

Orang islam juga digelar Moors.Perkataan ini berasal dari Phoenician yang diambil daripada bangsa Barbar. Orang Barbar yang memeluk Islam digelar Moro oleh bangsa Rom.Kaum Barbar berasal dari Maghribi yang hidup ditepi-tepi pantai. Orang-orang Arab pula terbahagi kepada orang-orang Baladiyun (pendatang lama) dan Syamiyun (pendatang baru) yang datang bersama Baldj ibn Bishr pada tahun 125H. Penduduk asal Andalus pula dikenali sebagai Muwalladun. Mereka sebenarnya bangsa non Arab kacukan orang-orang Arab dan Barbar dengan wanita-wanita Andalus.

Golongan bukan Islam pula terdiri daripada Yahudi dan penganut Kristian. Orang Kristian bergelar Musta’ribun atau Mozarabs, iaitu orang yang diarabkan kerana hidup bersama-sama orang Arab dan bertutur bahasa Arab.Mereka dikenali sebagai kaum dhimmi iaitu orang yang bernaung dibawah kerajaan Islam.Terdapat satu lagi golongan ialah orang mawali.Mereka ialah bekas hamba orang-orang Umayyah.

Pada peringkat awal penubuhan kerajaan ini,pelbagai masalah terpaksa dihadapi oleh amir-amir Bani Umayyah.Abdul Rahman al-Dakhil cuba menyatukan semua bangsa dan kaum yang terdapat di Andalus dibawah satu persatuan yang bersifat kebangsaan menerusi Islam.Beliau juga banyak mengadakan pembangunan dalam Negara samada dari segi fizikal ataupun mental.Amir-amir Bani Umayyah menjalankan pemerintahan dengan tegas dan mengambil tindakan segera terhadap kaum-kaum pemberontak yang menyerang mereka.Mereka juga banyak melakukan ekspedisi bagi mengukuhkan kestabilan Negara supaya tidak diancam oleh musuh-musuh luar.

Pada zaman pertengahan kerajaan Andalus.bermulalah pelbagai masalah dalaman dan pelbagai pemberontakan yang serius.Terdapat tiga orang amir yang memerintah pada zaman krisis ini, iaitu:
1. Muhammad I ibn Abdul Rahman II (238-273H/852-886M)
2. Mundhir ibn Muhammad (273-275H/886-888M)
3. Abdullah ibn Muhammad (275-300H/888-912M)
Antara pemberontakan yang wujud ialah pemberontakan Musa al-Qasi iaitu pada masa pemerintahan Muhammad I.Beliau berusaha melancarkan beberapa serangan tetapi beliau tewas.Selain itu, pemberontakan Ibn Hafsun wujud selepas kematian Musa ibn Musa al-Qasi. Pemberontakan ini pada mulanya dapat diatasi tetapi telah bangkit memberontak pada tahun 276H/890M.Pemberontakan ini berterusan hingga ke zaman pemerintahan Abdul Rahman al-Nasir.

Zaman kegemilangan di Andalus ialah pada zaman pemerintahan Abdul Rahman III dan al-Hakam II.Pada zaman ini, para amir yang memerintah di Andalus mula memakai gelaran khalifah apabila Abdul Rahman III mengisytiharkan penggunaan gelaran tersebut. Pemberontakan Ibn Hafsun yang gagal ditewaskan, telah diteruskan lagi usaha membanterasnya oleh Abdul Rahman III.Beliau memerangi Ibn Hafsun terus-menerus hingga kematiannya pada tahun 305H/917M.

Semasa Abdul Rahman III menaiki takhta kerajaan Bani Umayyah di Andalus, Leon diperintah oleh King Ordono II.Penentangan Leon bermula apabila King Ordono II telah menaikkan semangat pemimpin Kristian di Leon dan Navarre dengan menewaskan tentera orang islam di Andalus pada tahun 304H/916M. Semasa pemerintahan al-Hakam II sekali lagi kerajaan Kristian menentang kerajaan Bani Umayyah walaupun mereka telah membuat perjanjian dengan Abdul Rahman III untuk tunduk dibawah pemerintahan Bani Umayyah. Pada tahun 352H/963M, mereka bangun memberontak menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Bani Umayyah. Pemberontakan ini dapat diatasi dengan mudah oleh al-Hakam II dan berakhirlah penentangan dari pihak kerajaan Kristian Leon terhadap Bani Umayyah.

Kewujudan Kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab Syiah telah menggugat kepimpinan Bani Umayyah di bawah Khalifah Abdul Rahman III. Ini kerana gerakan Syiah menjalankan kempen bagi meluaskan politiknya telah disokong oleh kaum pemberontak Barbar. Abdul Rahman III berusaha memadamkan pemberontakan kaum Barbar tersebut dan mengapi-apikan pemberontakan terhadap kerajaan Fatimyyah di Afrika Utara supaya kerajaan itu sibuk dengan kerajaannya sendiri. Akhirnya kerajaan Fatimiyyah tidak lagi cuba menyerang Andalus.

Zaman Kemunduran Kerajaan Bani Umayyah bermula setelah tamat pemerintahan al-Hakam II. Khalifah-khalifah selepasnya tidak lagi berwibawa,mereka sering menghadapi masalah dalam negeri terutama dalam soal perebutan jawatan khalifah. Kebanyakan khalifah pada period ini juga memerintah selama dua kali. Pada pemerintahan Hisham II,bermulanya pengaruh al-Hajib atau Perdana Menteri dalam Kerajaan Islam di Andalus. Ini kerana ketidakupayaan Hisyam II memerintah kerana masih kanak-kanak.

Faktor-faktor kerajaan Bani Umayyah adalah disebabkan beberapa factor dalaman dan luaran.Antara factor dalaman yang berlaku ialah perebutan kuasa khalifah atau amir, keadaan penduduk Andalus yang pelbagai puak dan bangsa. Faktor luarannya pula melibatkan ancaman dari pihak Kristian yang berlaku hampir setiap period pemerintahan Bani Umayyah.

;;